Posts

Showing posts from November, 2019

Rumusan

Image
Secara konklusinya, pengurusan alam pembelajaran amat penting dalam alam pembelajaran itu sendiri terutamanya bagi pihak pentadbirna sekolah, guru-guru dan juga murid-murid di sesebuah sekolah. Pengurusan alam pembelajaran ini melibatkan pelbagai aspek daripada akademik, kokurikulum sehingga ke suasana serta persekitaran sekolah yang terbahagi kepada tiga proses iaitu perancangan, pelaksanaan dan penilaian. Seterusnya, setiap pihak terutamanya pihak pentadbiran sekolah mempunyai peranan yang sangat penting dalam memastikan pengurusan alam pembelajaran itu berjalan dengan lancar.Guru-guru perlulah menguasai kaedah pengurusan dalam pembelajaran agar pembelajaran terus terancang dan mencapai target yang telah ditetapkan. Pengurusan alam pembelajaran dari segi kokurikulum juga perlulah dititikberatkan selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan di mana secara ringkasnya setiap individu perlulah menguasai aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. Kokurikulum juga mempu...

Apa yang saya faham ...

Image
Dari segi pemahaman saya, Pengurusan Alam Pembelajaran ini meliputi aspek pentadbiran pihak sekolah, kaedah pengurusan guru dan juga pengurusan alam pembelajaran dari segi kokurikulum. Hal ini kerana, ketiga-tiga aspek tersebut merupakan elemen yang penting dalam memastikan pengurusan alam pembelajaran sesebuah sekolah berjalan dengan lancar, teratur dan sistematik. 1) Peranan pentadbiran sekolah Guru besar menjalankan penilaian kepada guru menggunakan instrumen Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) Guru besar memastikan pembahagian kerja pentadbiran utama sekolah yang teratur dan tersusun kepada setiap Guru Penolong Kanan dan juga guru-guru lain di bawah seliaan guru besar.  2) Kaedah pengurusan guru Setiap guru merujuk dan menjalankan pengajaran mengikut garis panduan Standard Kualiti Pendidikan di Malaysia Gelombang 2 (SKPMG2). 3) Pengurusan alam pembelajaran dari segi kokurikulum GPK kokurikulum urus kokurikulum pelajar arus ...